Lihat versi lengkap di tengah situs web👇
Ingin Tahu 10 Hotel Paling Mewah Di Dunia? Kami Senaraikan
by Lisa AG

5
KONGSIAN
Wanista kongsikan 10 hotel paling mewah di dunia.
1. Emirates Palace, Abu Dhabi – Dengan kos keseluruhan pembinaannya mencecah USD 3 billion, Emirates Palace mempunyai 394 bilik dan suite, 40 bilik ‘meeting and conference’, pantai pasir putih dan 1000 lilin kristal mewah menghiasi hotel mewah ini!

2. Hotel Mardan Palace, Turki – Dibina oleh billionaire Rusia, Telman Ismailov pada 2009 dengan jumlah sebanyak USD 1.65 billion, Hotel Mardan Palace yang terletak di Antalya, Turki ini menempatkan kolam renang terbesar di Mediterranean yang mana boleh memuatkan sebanyak 1000 tetamu dalam satu-satu masa!
3. The Westin Excelsior, Rome – Dibina pada 1906, The Westin Excelsior, Rome terletak megah di daerah Via Veneto. Hiasan dalaman hotel ini menggunakan tema Inggeris gaya lama yang dilengkapi dengan gajet berteknologi tinggi. Selain itu, ianya turut menempatkan bilik fitness sendiri, sauna, steam bath, jakuzi selain bilik makan formal untuk suite paling mahal di hotel ini.
4. Burj Al Arab Hotel, Dubai – Hotel ini dibina mengikut lakaran seperti sebuah kapal layar. Kesemua bilik dalam hotel ini dihiasi dengan pelbagai kemodenan selain pengunjung disajikan dengan pemandangan menarik di sekeliling bilik mereka. Selain itu, hotel ini turut mempunyai ‘heli pad’ nya sendiri, gelanggang tenis serta menawarkan pelbagai pilihan ‘nightlife’ menarik buat tetamu mereka.
5. The Plaza, New York – Walaupun di kota Big Apple ini terdapat pelbagai pilihan hotel mewah yang lain, namun The Plaza selalunya menjadi pilihan kebanyakan VIP yang mana mereka akan menempah Royal Plaza Suite yang mana menempatkan pemandangan tercantik di kawasan Manhattan. Suite ini mempunyai tiga bilik tidur dan tiga bilik air yang digayakan dengan gaya Inggeris lama. Dalam suite itu turut menempatkan sebuah meja makan formal, sebuah perpustakaan, gim, dapur dan mempunyai akses kepada lifnya sendiri. Hotel ini dibina pada 1907 dan telah diiktiraf sebagai National Historic Landmark pada 1969.
6. Atlantis Paradise Island, Bahamas – Hotel ini dibina dengan keluasan 141 ekar dan tersergam megah di Bahamas. Royal Towers Bridge Suite yang terletak di aras 23 merupakan suite yang paling mahal dan menarik kerana menempatkan bilik makan dengan lilin emas 22 karat menghiasi bilik tersebut, selain daripada tujuh staf hotel yang setia melayan tetamu dalam suite tersebut sepanjang masa!

7. Palms, Vegas – The Las Vegas Palms sangat popular untuk penggemar kehidupan di kota ‘Sin City’ ini. Suite di tingkap paling atas menempatkan Villa pengasas majalah porno, Playboy, Hugh Hefner Sky Villa yang boleh memuatkan sebanyak 250 tetamu pada satu-satu masa.
8. The Boulders, Arizona – Dibina di atas 1300 ekar Gurun Sonoran, hotel ini mengabungkan kemewahan yang dekat dengan alam sekitar. The Boulders turut menempatkan lapang sasar golf dan resort spa yang sangat mewah buat pengunjungnya. Selain itu terdapat sebuah vila peribadi yang kebiasaannya ditempah selebriti Hollywood yang enggan diganggu oleh orang yang tidak dikenali mahu pun paparazi yang sentiasa mengekori mereka.

9. Cuisin Art Golf Resort & Spa, Anguilla – Hotel ini sebetulnya dibina untuk kegunaan pemiliknya sahaja namun kemudiannya telah diperbesarkan untuk menerima pengunjung atau pelancong. Spot ini juga sangat digemari selebriti popular Hollywood untuk melarikan diri daripada beban kerja buat seketika.
10. Secrets Marquis, Los Cabos – Hotel ini memberikan pemandangan yang terbaik di mana pengunjung boleh melihat sendiri perpindahan ikan paus selain menyediakan vila peribadi dengan kolam renang yagn sedia terbina di dalamnya.
5 Hotel Dan Resort Paling Mewah Di Dunia
March 22, 2019 – 03:09 PM
Baru-baru ini kami ada berkongsi tentang penjelasan Sistem Rating Hotel dan apa kriteria yang diperlukan oleh sesebuah hotel dan resort untuk mendapat bintang pada premis dan jenama mereka.
Dalam sistem rating ini, hotel dan resort akan diberikan bintang bermula pada 1 bintang hinggalah 5 bintang menurut sistem rating yang dipakai oleh AAA.
Ini adalah senarai hotel dan resort paling mewah yang ada di dunia.
#1. Emirates Palace, Abu Dhabi

Emirates Palace adalah salah sebuah daripada hotel mewah yang ada di Abu Dhabi. Mempunyai 394 buah bilik dan suite, 40 bilik mesyuarat, dan banyak lagi. Hotel ini menelan belanja kira-kira 3 billion USD untuk disiapkan sepenuhnya.

Dikhabarkan, ia menggunakan marmar yang diimport khas daripada 13 negara berlainan dan mempunyai lebih dari 1,000 chandeliers kristal.
Memang mewah. Harga bilih satu malam di sini adalah kira-kira RM2.500.
#2. Mardan Palace Hotel, Turki
Dibina pada tahun 2009 dengan harga 1.65 Billion USD, Mardan Palace Hotel di Antalya, Turki ini mempunyai kolam renang terbesar di Mediterranean. Difahamkan kolam renang ini mampu memuatkan 1000 orang tetamu pada satu masa.
Di Eropah, Mardan Palace ini diangkat sebagai hotel elit dan mewah. Selain suite nya yang mempunyai dedaun emas, kristal dan marmar dari Itali, hotel ini mempunyai 10 restoran untuk makan malam, 17 bar, spa dan sebuah aquarium yang penuh dengan ikan eksotik.
Untuk kawasan pantai hotel, pasir putih sebanyak 9,000 tan telah diterbangkan khas dari Mesir.
Harga per malam adalah lebih kurang RM2,308
#3. Burj Al Arab Hotel, Dubai

Dibina menyerupai sebuah kapal layar, Burj Al Arab adalah hotel yang paling banyak diambil gambar di dunia. Kesemua bilik adalah suite mewah yang mengambil dua tingkat serta menjanjikan pemandangan yang menarik.


Menariknya disini adalah rangkaian makan malam yang futuristic selain pelbagai lagi perkhidmatan yang boleh dikatakan luar biasa mewah termasuklah seorang pemandu peribadi yang akan memandu keluar penginap dengan menggunakan kereta Rolls Royce.

Harga satu malam bermula daripada RM7,000
#4. The Boulders, Arizona

Kalau dari segi luaran, memang unik sebab ia merupakan sebuah batu besar. The Bpulders ni merupakan golf dan spa resort. Difahamkan formasi batu pada hotel ini berusia 12 juta tahun.
Dibina atas tanah berkeluasan 1,300 ekar di padang pasir Sonoran pengunjung disini dijanjikan ketenangan dan rawatan spa yang terbaik di dunia.

Antara pelawat yang datang di sini termasuklah yang terkaya di dunia namun nama mereka tidak boleh didedahkan sehinggalah mereka meninggal.
Harga bilik di sini bermula dari RM1860 sehinggalah RM6400.
#5. Atlantis Paradise Island, Bahamas

Dibina sebagai ‘tribute’ kepada kota Atlantis, hotel ini merupakan yang termewah di Bahamas. Kebiasaannya yang selalu ditempah dan yang paling diidamkan adalah Royal Towers Bridge Suites yang terletak di tingkat 23 hotel tersebut.

Suite ini mempunyai 10 bilik berasingan ditambah dengan piano, ruang makan formal dan chandelier yang diperbuat daripada emas 22 karat. Suite ini didatangkan dengan 7 orang pelayan dan kaki tangan hotel yang sentiasa bersedia untuk tetamu disitu.

Harga untuk satu malam : RM615, tetapi syarat hotel ini ialah minimum dua malam, jadi RM 1230 jugaklah. Untuk suite, melebihi RM7 ribu.

