Lihat versi lengkap di tengah situs web👇
10 Mobil dengan Harga di Bawah 200 Juta yang Worth It untuk Dibeli
Wednesday, 12 Feb 2025

Mencari mobil dengan harga mobil dibawah 200 juta memang bisa jadi tantangan. Dengan budget terbatas, kamu harus pintar memilih kendaraan yang gak hanya murah, tapi juga punya fitur, performa, dan kenyamanan yang layak untuk digunakan dalam jangka panjang.
Saat ini, pasar otomotif Indonesia menyediakan banyak pilihan menarik di kategori mobil murah. Mulai dari city car yang lincah untuk perkotaan, MPV yang nyaman buat keluarga, hingga SUV kompak yang tangguh untuk perjalanan jauh.
Dengan pilihan yang semakin beragam, kamu tetap bisa mendapatkan mobil yang berkualitas tanpa harus merogoh kocek lebih dalam.Di artikel ini, kita akan bahas 10 mobil dengan harga di bawah 200 juta yang paling worth it untuk dibeli. Yuk, langsung simak daftarnya!
1. Daihatsu Sigra – Mobil LCGC Keluarga Paling Irit
Daihatsu Sigra adalah pilihan favorit bagi mereka yang mencari mobil keluarga murah dan hemat bahan bakar. Mobil ini menawarkan kabin luas yang bisa menampung hingga 7 orang, menjadikannya ideal untuk perjalanan keluarga atau usaha transportasi.
Dengan mesin 1.2L yang efisien, konsumsi bahan bakarnya sangat irit, cocok untuk pemakaian harian. Selain itu, spare part-nya mudah ditemukan dan harga servisnya juga terjangkau, membuatnya jadi salah satu opsi paling ekonomis dalam daftar ini.
2. Toyota Agya – City Car Lincah dan Irit BBM
Toyota Agya adalah mobil kecil yang cocok untuk penggunaan di perkotaan. Desainnya kompak, memungkinkan pengemudi lebih mudah bermanuver di jalan sempit atau parkir di area yang terbatas.
Selain itu, mesinnya yang kecil tapi responsif membuat mobil ini gesit di jalanan. Dengan harga yang masih di bawah 200 juta, Agya tetap menawarkan fitur keselamatan seperti dual airbag dan ABS yang cukup untuk menjaga keamanan berkendara.
3. Honda Brio Satya – City Car dengan Performa Terbaik
Honda Brio Satya terkenal dengan akselerasi yang lebih baik dibandingkan pesaingnya di kelas LCGC. Dengan mesin 1.2L i-VTEC, mobil ini menawarkan kombinasi antara performa dan efisiensi bahan bakar yang optimal.
Tak hanya itu, desainnya yang sporty dan stylish juga menjadi daya tarik tersendiri bagi anak muda atau mereka yang ingin tampil lebih elegan.Sehingga buat kamu yang mencari mobil dengan harga mobil dibawah 200 juta .Honda Brio Satya bisa jadi salah satu pilihan yang cocok
4. Suzuki Ignis – Mini SUV dengan Desain Unik
Bagi yang ingin tampil beda, Suzuki Ignis bisa jadi pilihan menarik. Mobil ini memiliki desain ala SUV tapi dengan dimensi yang lebih kecil, membuatnya tetap nyaman digunakan di kota.
Keunggulan lain dari Ignis adalah ground clearance yang lebih tinggi dibanding city car lain di kelasnya, sehingga lebih siap menghadapi berbagai kondisi jalan.
5. Mitsubishi Xpander GLX – MPV Nyaman di Kelasnya
Mitsubishi Xpander adalah MPV yang dikenal dengan kenyamanannya. Versi GLX-nya masih bisa didapat dengan harga di bawah 200 juta, memberikan kesempatan bagi konsumen untuk memiliki mobil keluarga dengan tampilan dan fitur yang lebih modern dibandingkan LCGC.
Suspensinya empuk, kabinnya luas, dan desainnya tetap terlihat premium meskipun di varian termurahnya.
6. Nissan Livina – Alternatif MPV dengan Desain Elegan
Kalau kamu mencari MPV dengan tampilan lebih stylish, Nissan Livina bisa jadi pilihan. Dengan basis yang mirip Xpander, Livina menawarkan kenyamanan serupa tapi dengan desain yang lebih elegan dan mewah.
Interiornya dibuat lebih premium, dengan material yang lebih baik dibandingkan kebanyakan MPV murah lainnya.
7. Wuling Confero – MPV Murah dengan Fitur Mewah
Wuling Confero mungkin belum sepopuler MPV Jepang, tapi mobil ini menawarkan fitur yang lebih banyak dengan harga yang lebih murah.
Beberapa fitur yang jarang ditemukan di mobil sekelasnya, seperti head unit besar, AC double blower, dan kursi captain seat di varian tertentu, menjadikannya salah satu pilihan paling valuable di daftar ini.
8. Toyota Calya – Mobil Keluarga Hemat dan Handal
Sebagai saudara dari Daihatsu Sigra, Toyota Calya memiliki keunggulan yang hampir sama: hemat bahan bakar, perawatan murah, dan kabin luas.
Namun, karena berada di bawah naungan Toyota, resale value dari Calya cenderung lebih tinggi dibandingkan Sigra, sehingga bisa jadi pertimbangan tambahan bagi yang memperhitungkan nilai jual kembali.
9. Renault Kwid – City Car dengan Tampilan SUV
Renault Kwid menawarkan sesuatu yang berbeda di segmen city car. Dengan desain yang lebih gagah dan fitur menarik seperti layar sentuh 8 inci, Kwid memberikan sensasi berkendara ala SUV dalam bentuk yang lebih kecil dan lebih ekonomis.
Bagi yang bosan dengan pilihan mobil mainstream, Renault Kwid bisa jadi alternatif yang patut dicoba.
10. Daihatsu Rocky – SUV Kompak dengan Teknologi Canggih
Terakhir, ada Daihatsu Rocky yang merupakan SUV kompak dengan harga yang masih bisa dijangkau di bawah 200 juta untuk varian tertentu.
Rocky sudah dilengkapi berbagai fitur modern, termasuk teknologi keselamatan canggih yang jarang ditemukan di mobil sekelasnya. Untuk kamu yang ingin SUV dengan harga terjangkau tapi tetap berteknologi tinggi, Daihatsu Rocky adalah salah satu pilihan terbaik.
Mobil Murah Bukan Berarti Murahan!
Memilih mobil dengan harga mobil dibawah 200 juta memang harus selektif. Dengan banyaknya opsi di pasaran, penting untuk mempertimbangkan faktor seperti efisiensi bahan bakar, fitur keselamatan, kenyamanan, serta biaya perawatan.
Dari daftar di atas, ada banyak pilihan menarik mulai dari city car lincah, MPV nyaman, hingga SUV kompak yang tetap memberikan pengalaman berkendara yang menyenangkan tanpa harus menguras kantong.
Jika kamu masih bingung memilih mana yang paling cocok, langsung cek pilihan mobil terbaik di belanjamobil.co.id dan dapatkan penawaran terbaik sebelum kehabisan!
Top 10 Kereta Dengan Nilai Jual Semula Tertinggi di Malaysia 2025
Oleh suhaila
18/09/2025

Pilihan
ImageFX
Top 10 Kereta Dengan Nilai Jual Semula Tertinggi di Malaysia 2025
Memilih kereta baru bukan sekadar soal gaya atau keperluan harian tetapi juga tentang nilai jangka panjang yang mampu dikekalkan apabila tiba masanya untuk dijual semula.
Ramai pemilik kereta di Malaysia mungkin tidak menyedari bahawa setiap model mempunyai kadar susut nilai yang berbeza.
Ada kereta yang cepat jatuh harga sebaik sahaja keluar dari bilik pameran manakala ada juga model yang masih mampu mengekalkan nilai tinggi walaupun selepas bertahun digunakan.
Inilah sebabnya mengapa nilai jual semula menjadi faktor penting yang wajar dipertimbangkan sebelum membuat keputusan membeli.
Menjelang tahun 2025, tren pasaran kereta terpakai di Malaysia menunjukkan beberapa model terus mendominasi kerana permintaan yang konsisten dan reputasi yang kukuh.
Dari kereta kompak bajet yang praktikal hingga sedan elegan untuk keluarga kecil, setiap kategori mempunyai tarikan tersendiri.
Malah, SUV dan trak pikap yang lasak juga menampilkan model tertentu yang jelas terbukti lebih bernilai daripada yang lain.
Model-model ini bukan sahaja diminati kerana ketahanan dan penjimatan kos penyelenggaraan tetapi juga kerana keyakinan pembeli terpakai yang tidak pernah luntur.
Bagi anda yang sedang merancang untuk membeli kereta baharu atau mungkin bercadang menjual kereta sedia ada, memahami kereta mana yang mampu pegang harga dengan baik adalah sesuatu yang amat berbaloi.
Senarai top 10 kereta dengan nilai jual semula tertinggi di Malaysia 2025 ini bakal membantu anda membuat pilihan lebih bijak dan memastikan pelaburan kenderaan anda bukan sahaja memberi keselesaan harian tetapi juga pulangan jangka panjang.
1. Perodua Myvi
Tidak dapat dinafikan, Perodua Myvi adalah kereta legend Malaysia. Sejak pelancarannya pada tahun 2005, ia terus menjadi pilihan nombor satu rakyat Malaysia tanpa gagal.
Myvi bukan sahaja dikenali sebagai kereta kompak yang serba boleh malah ia juga dianggap mesra rakyat kerana harga mampu milik dan kos penjagaan yang rendah.
Faktor inilah yang membuatkan Myvi sentiasa menjadi rebutan di pasaran kereta terpakai malah ada pembeli yang sanggup mencari model lama kerana percaya pada ketahanannya.
Selepas 5 tahun digunakan, Myvi biasanya hanya menyusut sekitar 30% – 35% daripada harga asal menjadikannya antara kereta paling stabil dari segi nilai jual semula.
2. Toyota Vios
Toyota Vios adalah sedan yang tidak perlu diperkenalkan lagi. Model ini menjadi sinonim dengan gaya hidup moden terutamanya bagi golongan muda yang mahukan kereta bergaya tetapi tetap tahan lasak untuk kegunaan harian.
Reputasi jenama Toyota yang terkenal dengan ketahanan dan peace of mind menjadikan Vios sentiasa berada dalam senarai pilihan utama.
Ramai pemilik kereta terpakai yakin untuk membeli Vios kerana ia jarang menimbulkan masalah besar dan alat gantinya sangat mudah didapati di Malaysia.
Selepas 5 tahun, Vios biasanya menyusut sekitar 35% – 40%, angka yang membuktikan ketahanan nilainya berbanding banyak model lain dalam kelas sedan segmen-B.
3. Honda City
Honda City pula membawa imej lebih premium dalam segmen sedan kompak. Dengan enjin i-VTEC yang terkenal cekap, ruang kabin yang luas, serta reka bentuk moden, City menjadi pilihan keluarga muda mahupun profesional muda di bandar.
Keunggulan jenama Honda turut memainkan peranan besar dalam mengekalkan nilai jual semula model ini.
Ramai pembeli kereta terpakai melihat Honda City sebagai pelaburan jangka panjang yang berbaloi kerana ia menawarkan keselesaan, prestasi dan gaya dalam satu pakej.
Selepas 5 tahun, susut nilai Honda City adalah sekitar 35% – 40%, Ini menjadikannya antara sedan yang paling bernilai dalam pasaran.
4. Proton Saga
Proton Saga adalah kereta ikonik rakyat Malaysia. Bagi kebanyakan orang, Saga ialah kereta pertama mereka atau kereta yang diwarisi daripada ibu bapa.
Harga belinya yang rendah menjadikannya kereta bajet terbaik dan ini terus menyumbang kepada permintaan stabil di pasaran terpakai.
Ramai pembeli kereta terpakai memilih Saga kerana ia mudah dijaga, alat ganti murah dan sangat sesuai untuk kegunaan harian jarak dekat.
Walaupun sebagai kereta bajet, Saga mampu mengekalkan nilainya dengan baik. Dengan susut nilai sekitar 40% – 45% selepas 5 tahun, nilai ini dianggap stabil untuk sebuah kereta dalam kategori mampu milik.
5. Perodua Axia
Antara lain, Perodua Axia ialah kereta kompak bajet yang direka khas untuk mereka yang mencari penyelesaian pengangkutan paling ekonomi.
Ia sangat sesuai digunakan di bandar dengan kesesakan lalu lintas kerana saiznya yang kecil memudahkan parkir di ruang sempit. Tambahan pula, Axia sangat jimat minyak. Ini menjadikannya pilihan utama untuk pelajar universiti, pasangan muda atau mereka yang mencari kereta pertama.
Permintaan untuk Axia di pasaran terpakai sangat tinggi kerana tidak semua orang mahu membayar harga premium untuk kereta baharu. Selepas 5 tahun, nilai Axia hanya jatuh sekitar 35% – 40. Ini menunjukkan ia masih relevan dan diminati walaupun selepas bertahun digunakan.
6. Honda Civic
Selain itu, Honda Civic merupakan sedan segmen-C yang membawa reputasi prestij tersendiri. Dengan reka bentuk sporty dan prestasi enjin yang bertenaga, ia sering menjadi impian anak muda dan eksekutif bandar. Civic juga dianggap sebagai simbol status bagi ramai pembeli kerana ia menggabungkan gaya hidup moden dengan prestasi tinggi.
Versi baharu Civic yang lebih matang dan premium menambahkan lagi popularitinya. Tidak hairanlah walaupun harga barunya agak tinggi, nilai jual semula Civic tetap kukuh. Selepas 5 tahun, Civic hanya menyusut sekitar 40% – 45%, lebih baik berbanding kebanyakan pesaing dalam kelasnya.
7. Mazda CX-5
Mazda CX-5 adalah SUV yang telah membina reputasi kukuh sejak diperkenalkan. Dengan reka bentuk KODO yang elegan, teknologi SkyActiv yang efisien serta pengalaman pemanduan yang menyeronokkan, ia menjadi pilihan keluarga moden yang mahu keseimbangan antara gaya dan praktikaliti.
CX-5 juga sering dibandingkan dengan SUV mewah kerana ciri premiumnya tetapi pada harga lebih berpatutan. Permintaan tinggi menjadikan nilai jual semula CX-5 stabil. Selepas 5 tahun, ia hanya menyusut sekitar 40% – 45%, menjadikannya antara SUV paling bernilai di pasaran Malaysia.
8. Toyota Hilux
Toyota Hilux pula sudah lama digelar “truk kebal” kerana reputasinya yang tahan lasak dan serba boleh. Sama ada digunakan untuk kerja ladang, tapak pembinaan atau sekadar gaya hidup lasak, Hilux tetap menjadi pilihan utama. Kehebatannya bukan sahaja diakui di Malaysia tetapi juga di seluruh dunia. Ini menjadikan ia sebagai salah satu trak pikap paling popular sepanjang zaman.
Nilai jual semula Hilux sangat kuat kerana permintaan terhadap kenderaan utiliti sentiasa tinggi. Selepas 5 tahun, Hilux hanya menyusut sekitar 30% – 35% dan menjadikannya antara kenderaan paling lambat susut nilai di negara ini.
9. Perodua Bezza
Perodua Bezza pula merupakan sedan bajet pertama keluaran Perodua dan ia terus mendapat sambutan hangat sejak dilancarkan. Dengan but luas yang sesuai untuk keluarga kecil, penjimatan minyak yang menakjubkan serta kos penyelenggaraan rendah, Bezza menjadi pilihan yang praktikal dan mesra poket.
Pasaran terpakai juga menyokong Bezza dengan baik kerana ia dianggap sedan bajet yang selesa untuk perjalanan jauh. Selepas 5 tahun, susut nilainya sekitar 35% – 40%. Ini menunjukkan ia mampu mengekalkan harga yang kompetitif walaupun dalam segmen kereta murah.
10. Nissan Almera
Nissan Almera generasi baharu hadir dengan rekaan yang jauh lebih menarik berbanding model lama. Dengan ciri keselamatan lebih lengkap, ruang dalaman yang selesa serta reka bentuk moden, ia mula mendapat tempat semula di hati rakyat Malaysia. Walaupun tidak sekuat Vios atau City dari segi resale value, Almera tetap menjadi pilihan alternatif bagi mereka yang mahu sedan bajet dengan rupa bergaya.
Di pasaran terpakai, Almera masih stabil dengan susut nilai sekitar 40% – 45% selepas 5 tahun. Ini menjadikannya pilihan yang masih berbaloi untuk jangka masa panjang.
BACA : Baju Masih Lembap Lepas Guna “Washer Dryer”? Ini Sebabnya
Cara mengekalkan nilai jual semula kereta anda
Memiliki kereta dengan reputasi jual semula tinggi sahaja tidak cukup jika anda tidak menjaganya dengan baik. Servis berkala adalah kunci utama untuk memastikan prestasi enjin sentiasa berada pada tahap terbaik.
Selain itu, rekod kereta yang bebas daripada kemalangan akan meningkatkan keyakinan pembeli sekaligus menaikkan harga pasaran.
Jangan lupa untuk menjaga kebersihan kabin seperti kerusi, papan pemuka dan sistem hiburan yang terjaga rapi mampu memberikan first impression yang baik kepada bakal pembeli.
Perlindungan insurans yang sesuai juga penting kerana ia melindungi kereta anda daripada kerugian besar akibat kemalangan atau kerosakan tidak dijangka.
Kini, terdapat pelbagai alat digital seperti Car Valuation Tool untuk mendapatkan anggaran harga semasa serta kalkulator pinjaman untuk merancang bajet dengan lebih bijak.
Malah, aplikasi semakan lalu lintas juga membantu pemilik kereta menguruskan perjalanan harian dengan lebih lancar dan teratur.
Kesimpulannya, kereta seperti Perodua Myvi, Toyota Vios, Honda City, Proton Saga, Perodua Axia, Honda Civic, Mazda CX-5, Toyota Hilux, Perodua Bezza dan Nissan Almera bukan sahaja menjadi pilihan popular di jalan raya tetapi juga terbukti mengekalkan nilai jual semula yang kukuh.
Dengan penjagaan yang betul, kereta anda bukan sekadar kenderaan untuk bergerak dari satu destinasi ke destinasi lain, tetapi juga aset yang bijak dan mampu memberikan pulangan bernilai apabila tiba masanya untuk dijual semula.

