Lihat versi lengkap di tengah situs web👇
10 Rumah Termahal Di Dunia
10. Toprak Mansion

Toprak Mansion adalah rumah agam dengan kebesaran 28,000 kaki persegi. Rumah agam ni terletak di pusat London. Rumah agam ini bernilai $92 juta.
9. Waterfront Estate

Waterfront Estate adalah rumah agam yang terletak di Bosphorus, Istanbul dengan kebesaran 30,000. Rumah agam ini bernilai $100 juta.
8. Fleur de Lys

Fleur de Lys adalah rumah agam yang mempunyai kebesaran 41,000 kaki persegi. Ia mempunyai 15 bilik tidur. Rumah ini bernilai $125 juta.
7. Starwood Estate

Starwood Estate terletak di Aspen, Colorado. Ia mempuyai 15 bilik tidur dan 16 bilik mandi. Rumah yang hebat ini bernilai $135 juta.
6. Hala Ranch

Hala Ranch adalah rumah yang paling mahal di Aspen, Colorado. Ia mempunyai kebesaran 56,000 kaki persegi dan bernilai $135 juta. Rumah ini dianggap rumah ketiga paling mahal di Amerika Syarikat.
5. The Manor

The Manor adalah juga sebuah rumah yang terbesar dan mahal di Los Angeles County. The Manor dibina pada tahun 1988 dan saiznya adalah 56,500 kaki persegi. Ia terletak di Holmby Hills, Los Angeles, California.
4. One Hyde Park

One Hyde Park adalah bangunan paling mahal di dunia dan terletak di London. Ia direka oleh Rogers Stirk Harbour and Partners. Perkara utama yang anda perlu tahu tentang bangunan ini adalah bangunan ini mempunyai tingkap kali peluru.
3. Elena Franchuk’s Victorian Villa

Berikut adalah satu lagi rumah paling mahal di dunia dan terletak di Ukraine. Rumah ini bernilai $161 juta dan ia benar-benar rumah paling besar di dunia.
2. William Randolph Hearst’s Mansion

Mansion William Randolph Hearst adalah rumah kedua paling mahal di dunia. William Randolph Hearst mempunyai tiga kolam renang, 29 bilik tidur, dan teater filem untuk entertainmet yang bersama-sama dengan kelab malam. Rumah besar ini bernilai $165 juta.
1. Antilla

Antilla adalah rumah yang paling mahal di seluruh dunia. Pemilik rumah ini bernama Encik Mukesh Ambani. Encik Mukesh Ambani adalah salah satu orang terkaya di dunia. Rumah ini memulakan pembinaan pada tahun 2007 dan ia telah siap dibina pada 2010. Bangunan ini mempunyai 27 tingkat dan bernilai kira-kira satu bilion dolar. Bangunan yang besar ini terletak di Altamont Road, South Mumbai di India.

