• Privacy Policy
  • Sample Page
film
No Result
View All Result
No Result
View All Result
film
No Result
View All Result

N1109081 CEO yg mula nya tdk terima dgn pernikahan dadakan akhirnya sudah membuka hatinya dan mencintainya part 2

admin79 by admin79
September 11, 2025
in Uncategorized
0
N1109081 CEO yg mula nya tdk terima dgn pernikahan dadakan akhirnya sudah membuka hatinya dan mencintainya part 2

Lihat versi lengkap di tengah situs web👇

Jom Tengok 7 Banglo Artis Malaysia Ni!

oleh PropertyGuru Editorial Team

Dikemaskini pada 9 Apr 2024 â€¢ 13 minit membacaUpgrader

Jom Tengok 7 Banglo Artis Malaysia Ni!

Dalam artikel ini:

  • Chef Dato’ Redzuwan (Chef Wan)
  • Datuk Seri Siti Nurhaliza
  • Neelofa
  • Datuk Aznil Haji Nawawi
  • Anzalna Nasir
  • Dato’ Aliff Syukri
  • Dato’ Seri Vida

Seronoknya kalau dapat duduk rumah besar kan. Semua ruangan besar, sebut je nak apa, bilik air ke, bilik tidur ke, dapur ke, ruang tamu ke, semua besar, boleh deko macam-macam.

Ada pulak kolam renang ke jakuzi ke… tak jalan mana pun tak apa, duduk rumah je! Jadi, tanpa lengahkan masa lagi, jom kita cuci mata tengok rumah banglo mewah selebriti Malaysia ni.

Mana tau, boleh bagi inspirasi dan mengundang semangat untuk kita mengecapi kehidupan mewah seperti ni juga satu hari nanti!

1. Chef Dato’ Redzuwan (Chef Wan)

rumah banglo mewah, selebriti malaysia

Siapa tak kenal dengan chef selebriti yang paling legend dan terkenal di Malaysia ni? Bukan setakat di Malaysia je tau, Chef Wan ni dikenali sampai tahap antarabangsa jugak.

Selain dari pakar memasak, mengacara dan menulis, Chef Wan juga memiliki kediaman mewah cukup memukau di Aspen Garden Residence, yang terletak di Cyberjaya.

rumah banglo mewah, selebriti malaysia

Tengoklah betapa mantapnya rumah banglo tiga setengah tingkat ni! Setiap ruang memang luas dan rekaan dalamannya pula dihias dengan pelbagai perabot dan hiasan yang amat mewah.

Siap ada sofa yang ditempah khas dari New York lagi di ruang tamunya. Harga pelancaran rumah banglo ni masa 5 tahun lepas pun dah cecah sampai RM4 juta, jadi sekarang mesti dah lagi mahal harganya!

Turut berminat mencari kediaman di Aspen @ Garden Residence?

Anda boleh mendiami kediaman selesa sambil berjiran dengan Chef Wan! Di laman penyenaraian di PropertyGuru, anda boleh meninjau pelbagai rumah untuk di jual atau sewa di Aspen @ Garden Residence.

Sebagai contoh, banglo lot sudut yang lengkap berperabot yang mempunyai ciri-ciri berikut:

Harga jualanRM 3,650,000 (RM 561.54 kps) – boleh runding
JenisBanglo lot sudut 3.5 tingkat
PeganganBebas
Kawasan terbina8,000 kps
Susun atur7 + 1 bilik tidur dan 8 bilik air
PerabotBerperabot lengkap
Ciri istimewaLif peribadi dan jakuzi
Kemudahan kawasan kediamanKeselamatan 24 jam, surau, taman permainan

2. Datuk Seri Siti Nurhaliza

rumah banglo mewah, selebriti malaysia

Datuk Seri Siti Nurhaliza ni memang nama yang tak asing lagi dalam industri seni tanah air kita.

Memang tak ada sesiapa boleh nafikan kekayaan Datuk Siti. Ye lah, dah mencipta nama dalam industri seni sejak umur belasan tahun lagi.

Ditambah pula dengan kejayaan syarikanya sendiri dan dilantik sebagai duta pelbagai produk, memang tak ada siapa boleh persoalkan hartanya. Lepas dah kahwin dengan suaminya, Datuk K, lagi bertambah-tambah rezeki mereka.

Pasangan ni bukan ada satu, tapi empat buah rumah banglo mewah di Malaysia, yang mana harga setiap satu mencecah jutaan Ringgit!

a. Banglo di Cameron Highlands

rumah banglo mewah, selebriti malaysia

b. Banglo di Kuala Lipis

rumah banglo mewah, selebriti malaysia

c. Banglo di Cheras

rumah banglo mewah, selebriti malaysia

d. Banglo di Bukit Antarabangsa

rumah banglo mewah, selebriti malaysia

Turut berminat mencari kediaman di Cameron Highlands?

Kenapa perlu berulang-alik ke kawasan percutian seperti Cameron Highland jika anda boleh terus sahaja tinggal di sana? PropertyGuru menyenaraikan pelbagai hartanah di Cameron Highlands yang mungkin memikat hati anda!

Sebagai contoh, rumah berkembar 3 tingkat yang mempunyai ciri-ciri berikut:

Harga jualanRM 2,375,000 (RM 5,463 kps)
JenisRumah berkembar 3 tingkat
PeganganBebas
Kawasan terbina5,464 kps
Keluasan tanah3,998 kps
Susun atur6 bilik tidur dan 6 bilik air
PerabotBerperabot lengkap
Ciri istimewaSetiap unit berhadapan terus ke laman berlandskap
Kemudahan kawasan kediamanKeselamatan 24 jam, taman permainan

3. Neelofa

rumah banglo mewah, selebriti malaysia

Usahawan cantik dan bergaya ni bukan sahaja dah menceburi industri seni dari umur yang muda, tapi dah berjaya uruskan perniagaan sendiri sejak dari umur 26 tahun lagi.

Bisnes hijabnya memang dikenali di dalam dan luar negara. Rekod jualannya pernah dicatat pada RM50 juta dan ke atas.

Lepas dah bertahun mencipta nama sebagai usahawan, ada khabar berita yang Neelofa beli sebuah rumah mewah yang sangat cantik, tertarik dan menawan di Lembah Klang. Siap boleh nampak pemandangan Menara KLCC lagi!

rumah banglo mewah, selebriti malaysia

Pemandangan dari tingkat atas rumah Neelofa ni memang cantik sangat, dan rumah siap ada kolam renang lagi. Lepas penat kerja boleh terus lompat tenangkan fikiran dalam kolam yang biru nan indah. Mesti seronok kan?

Turut berminat mencari kediaman di sekitar KLCC?

Kawasan sekitar KLCC sememangnya kawasan tumpuan hartanah, lebih-lebih lagi ramai pelancong luar negara yang ingin tinggal di sini. Namun, melalui laman PropertyGuru, anda turut boleh meninjau kediaman pilihan anda di kawasan panas tersebut.

Sebagai contoh, So Sofitel KL Residences yang mempunyai ciri-ciri berikut:

Harga jualanRM 1,880,000 (RM 1,889 kps)
JenisKondominium
PeganganBebas
Kawasan terbinaPelbagai – dari 578 kps hingga 956 kps
Jumlah unit590
Susun aturPelbagai – dari 1 bilik tidur dan 1 bilik air hingga 2 bilik tidur dan 2 bilik air
PerabotBerperabot lengkap
Ciri istimewaSebahagian daripada pembangunan daerah kewangan baharu Tun Razak Exchange (TRX)
Kemudahan kawasan kediamanKeselamatan 24 jam, taman permainan, kolam renang, sauna, jakuzi, bilik bacaan

4. Datuk Aznil Haji Nawawi

rumah banglo mewah, selebriti malaysia

Datuk Aznil ni, atau lebih dikenali sebagai Pak Nil, seorang pengacara yang terkemuka kat Malaysia.

Kalau tengok keletah Pak Nil ni kat TV memang geli hati je sepanjang masa. Walaupun rasa dia asyik melawak je, tak sangka seleranya untuk hiasan rumah sangat la tinggi!

Terpukau bila tengok kemewahan dan susunan perabot yang teratur kat villa mewah Pak Nil ni. Memang dihias bak Istana tau!

rumah banglo mewah, selebriti malaysia

Perabot pula beli dari Datuk Aliff Syukri, tu yang nampak menawan je. Pak Nil siap sediakan satu ruang istimewa dengan dekorasi ala Marrakesh lagi untuk ahli keluarga berkumpul, berehat atau untuk buat usrah dan solat berjemaah.

Mahu mencari kediaman di Bukit Antarabangsa?

Bukit Antarabangsa merupakan satu lagi kawasan di Kuala Lumpur yang mendapat sambutan. Di laman penyenaraian di PropertyGuru, anda boleh meninjau pelbagai rumah untuk di jual atau sewa di sekitar Bukit Antarabangsa.

Sebagai contoh, rumah teres lot sudut 2.5 tingkat yang lengkap berperabot dan mempunyai ciri-ciri berikut:

Harga jualanRM 1,680,000 (RM 280 kps)
JenisRumah teres lot sudut 2.5 tingkat
PeganganPajakan
Kawasan terbina6,000 kps
Keluasan tanah3,373 kps
Susun atur7 + 1 bilik tidur dan 6 bilik air
PerabotBerperabot lengkap
Ciri istimewaDilengkapi dengan penghawa dingin, balkoni, pemanas air dan pelbagai kemudahan lain.
Kemudahan kawasan kediamanKeselamatan 24 jam, taman permainan

5. Anzalna Nasir

rumah banglo mewah, selebriti malaysia

Anzalna ni memang antara pelakon wanita yang jelita kat Malaysia. Kalau sesiapa yang ikut Instagram dia, mesti dah sedia maklum yang Anzalna tinggal di satu unit kondominium mewah yang sangat elegan dan penuh rasa glamour.

rumah banglo mewah, selebriti malaysia

Anzalna selalu juga berkongsi gambar kondominium mewahnya yang terletak dekat dengan KLCC.

Bukan setakat ada kolam renang, tapi pemandangan dari kondo mewah tu pun memang sangat eksklusif sebab nampak keindahan Kuala Lumpur terus, tak ada penghalang.

Mengikut satu sumber yang sah, harga kondo Anzalna tu berharga sekitar RM500,000 ke RM2.6 juta. Tu baru harga rumah, tak masuk lagi perabot dengan hiasan-hiasan yang hebat tu!

Mahu mencari kediaman lain yang tidak jauh dari KLCC?

Tadi, di ruangan mengenai Neolofa, kami sudah sertakan kediaman di kawasan sekitar KLCC. Kini, kami paparkan kediaman di kawasan premium yang tidak jauh dari situ, iaitu di TRX Exchange.

Sebagai contoh, kondominium di TRX Residence yang mempunyai ciri-ciri berikut:

Harga jualanRM 1,528,000 (RM 2,183 kps)
JenisKondominium
Pegangan:Bebas
Kawasan terbinaPelbagai
Jumlah unit896
Susun aturPelbagai – dari 1 bilik tidur dan 1 bilik air hingga 3 bilik tidur dan 3 bilik air
PerabotBerperabot tidak penuh
Ciri istimewaSebahagian daripada pembangunan daerah kewangan baharu Tun Razak Exchange (TRX)
Kemudahan kawasan kediamanTaman permainan, kawasan barbeque

6. Dato’ Aliff Syukri

rumah banglo mewah, selebriti malaysia

Boleh kata satu Malaysia sudah kenal dengan Dato Aliff Syukri ni, atau juga dikenali sebagai ‘abang terlajak laris’.

Dia yang memang terkenal dengan pelbagai video aktiviti harian yang selalu viral kat media sosial, dah pun berpindah ke mahligai mewah yang tersergam indah di Kota Damansara dengan keluarga tersayang dan pembantu rumahnya sekali.

Aliff penah cakap yang dia bukannya berkongsi rumah bak istana seluas 400,000 kaki persegi tu untuk menunjuk-nunjuk, tapi harap yang ramai akan terinspirasi dengan kejayaan hasil kerja kerasnya.

rumah banglo mewah, selebriti malaysia

Mahligai Aliff ni dibina atas tanah berharga RM13 juta, dan kos untuk hiasan dalaman je dah mencecah sampai RM11 juta.

Selain dari istana mewah kat Kota Damansara tu, Aliff ada jugak kondominium kat Pavilion Kuala Lumpur, yang mana harga boleh cecah sampai RM4 juta!

Turut berminat mencari kediaman di Kota Damansara?

Sekiranya anda juga turut mencari kediaman di kawasan Kota Damansara, PropertyGuru turut menyenaraikan pelbagai hartanah untuk dijual atau sewa di sini.

Sebagai contoh, rumah berkembar 2 atau 3 tingkat yang baru dibina yang mempunyai ciri-ciri berikut:

Harga jualanRM 1,540,000 (RM 416 kps)
JenisJenis A: Rumah berkembar 2 tingkat;
Jenis B: Rumah berkembar 3 tingkat
PeganganBebas
Kawasan terbinaJenis A: 3,402 kps;
Jenis B: 3,751 kps
Keluasan tanah3,400 kps
Susun atur6 bilik tidur dan 6 bilik air
PerabotTanpa perabot
Ciri istimewaYuran penyelenggaraan yang rendah
Kemudahan kawasan kediaman:Keselamatan 24 jam, rumah kelab

7. Dato’ Seri Vida

rumah banglo mewah, selebriti malaysia

Antara jutawan kosmetik terkenal di Malaysia, Dato Seri Vida ni memang mempunyai kekayaan yang melimpah ruah.

Jenama produknya, Pamoga dan Qu Puteh memang laris terjual, sampai boleh taja pelbagai rancangan TV tempatan.

Dan ni dia Rumah Dato SV yang berharga hampir RM20 juta kat Ipoh, Perak tu! Ni hanya salah sebuah rumah mewah yang dimilikinya, kalau tak silap ada Dato Vida ada 17 buah lagi rumah di Ipoh dan Kelantan yang berharga jutaan Ringgit!

rumah banglo mewah, selebriti malaysia

Sumber: Kaki Tular

Turut berminat mencari kediaman di Ipoh?

Mungkin anda turut berminat untuk tinggal di luar Lembah Klang. Sekiranya Ipoh mencuit hati anda, anda boleh meninjau pelbagai hartanah untuk dijual atau sewa di PropertyGuru.

Sebagai contoh, rumah teres 2 tingkat di LakeGarden ResidenceTasek Klebang yang mempunyai ciri-ciri berikut:

Harga jualanRM 449,800 (RM 262 kps)
JenisRumah teres 2 tingkat
PeganganPajakan
Kawasan terbina1,720 kps
Keluasan tanah1,400 kps
Susun atur4 bilik tidur dan 4 bilik air
PerabotTanpa perabot
Ciri istimewaYuran guaman dan duti setem percuma, yuran keselamatan percuma 18 bulan
Kemudahan kawasan kediamanKeselamatan 24 jam, taman permainan, trek jogging

Seronoknya kalau dapat duduk rumah besar kan. Semua ruangan besar, sebut je nak apa, bilik air ke, bilik tidur ke, dapur ke, ruang tamu ke, semua besar, boleh deko macam-macam.

Ada pulak kolam renang ke jakuzi ke… tak jalan mana pun tak apa, duduk rumah je! Jadi, tanpa lengahkan masa lagi, jom kita cuci mata tengok rumah banglo mewah selebriti Malaysia ni.

Mana tau, boleh bagi inspirasi dan mengundang semangat untuk kita mengecapi kehidupan mewah seperti ni juga satu hari nanti!

Panduan Relevan

  • 10 Rumah Pemimpin-Pemimpin Malaysia Yang Serba Mewah
  • Gahnya Rumah 6 Pereka Fesyen Malaysia Ini!
  • Cantiknya Rumah 8 Usahawan Wanita Malaysia Ni!

Penafian: Maklumat disediakan adalah maklumat umum sahaja. PropertyGuru International (Malaysia) tidak mempunyai tanggungjawab perwakilan atau penjaminan berkaitan maklumat diberikan, termasuk tetapi tidak terhad kepada sebarang perwakilan atau penjaminan berkaitan ketepatan bagi sebarang tujuan maklumat yang mana dibenarkan undang-undang. Walaupun semua usaha telah diambil bagi memastikan maklumat disediakan di dalam artikel ini adalah tepat, boleh dipercayai dan lengkap ketika ia ditulis, maklumat disediakan di dalam artikel tidak boleh disandarkan untuk membuat sebarang keputusan kewangan, pelaburan, harta tanah atau perundangan. Selain itu, maklumat tersebut tidak seharusnya menggantikan nasihat profesional terlatih yang mempertimbangkan fakta dan situasi persendirian anda, dan kami tidak menerima pertanggungjawaban jika anda menggunakan maklumat tersebut bagi membuat keputusan.

Previous Post

N1009080 Sang Penyimpang part 2

Next Post

N1109082 Dari pengantar makanan menjadi istri sang CEO part 2

Next Post
N1109082 Dari pengantar makanan menjadi istri sang CEO part 2

N1109082 Dari pengantar makanan menjadi istri sang CEO part 2

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Recent Posts

  • N0511309 Lantai Atas, Jendela Panorama, dan Janji Cinta part 2
  • N0511310 Dia Tuan, Aku… Pemberontaknya part 2
  • N0511308 Ketika Bosku Memberi Perintah… untuk Cinta part 2
  • N0411306 Sahabat menjadi Staf, Staf menjadi Cinta part 2
  • N0411307 Perusahaan Besar, Hati Runtuh part 2

Recent Comments

  1. A WordPress Commenter on Hello world!

Archives

  • November 2025
  • October 2025
  • September 2025
  • August 2025
  • July 2025

Categories

  • Uncategorized

© 2025 JNews - Premium WordPress news & magazine theme by Jegtheme.

No Result
View All Result

© 2025 JNews - Premium WordPress news & magazine theme by Jegtheme.